Bismillah
Assalamualaikum wbt.
|
Tiada kaitan, tp nampak smart. Jadi ku letak sekali. |
Janggal rasanya menulis Bahasa Melayu. Tidak pernah entry berbahasa selain Inggeris. Walau bukannya fasih, malahan grammar sesat jauh berbatu, atas dasar belajar di negeri orang aku karang juga. Bimbang kelu bila disoal Australian yang Inggerisnya sepantas formula 1. Tapi aku rasa post ini wajar berbahasa ibunda.
Qiengfei Dio berjalan disebelah kiriku. Seorang pelajar yang tinggi lampai dari China, tetapi lebih mesra menggunakan nama Edward. Kawan pertamaku di University of Adelaide.
“What is your religion”
Tiba-tiba Edward bertanya. Boleh tahan English mamat nie.
“Islam”
“Islam?”
“Seriously you never heard of islam?” terkejut aku mendengarnya. Aku sangka islam itu famous setelah segala riuh satu dunia. Obviously dia bukan islamphobia. Islam pon tak pernah dengar.
“Erk..I thought everyone knows. You know when you see women cover their hair, they are islam”
Itu contoh paling obvious aku boleh bagi. Payah juga aku nak terangkan macammana islam itu. Maklumlah tak pernah ditanya orang. Itu baru soalan macam mana islam, belum detail lagi.
“Are you a buddhist?” tiba giliran aku.
“No. I don’t have any religion”
“Oh, so you believe in what” Soalan pelik aku. Dah no religion, obviously believe in nothing. Hendak ku hentuk aje kepala otak nie.
“I believe in my parents”
*Muka terkejut* Pertama kali aku mendengarnya. Hendak aje aku tanye, “So who created you? How did you exist?” Namun sepatah pon tidak keluar dari mulutku. Kenape?!! Terlepas peluang nak biar dia berfikir.
**********************
Jason, aku dan Edward berjalan di Rundel Mall untuk makan tengah hari bersama. Jason adalah rakan yang ku kenal secara tidak sengaja. Remaja 18 tahun. Seorang ABV. Australian Born Vietnamese
“Are all Malaysian have to cover their hair?” Edward bersuara.
“No, just those who are islam”
“Why do they have to cover their hairs? Is it made up of gold or something?” Jason bertanya dalam Australian accentnya. Sekali sekala sukar aku fahami apa yang dikatakan Jason.
“Well, It is an order from our God. So it is a must. They not just have to cover their hair but the whole body except for face and hands” Sambil menunjukkan pergelangan tangan. Maklumlah aku tidak tahu apa Inggerisnya.
“Well that is a shit. You have to cover the whole body and no one can see it” Jason tidak berpuas hati namun dalam nada mainan.
“No. I think it is the best for them. To protect them, so that men won’t just look at their body”
“Oh man, so I can’t see their body like sexy girls here”
“Obviously from you” kataku didalam hati.
**********************
Aku, Jason,Arsene,Paul dan Babin berborak di Business Hub sehingga tiba masa untuk lunch.
“Where we gonna eat guys” Paul bertanya. Juga sorang ABV.
“Lets go to Hungry Jack” Sebuah fast food restoran ala-ala Burger King di Malaysia.
“I can’t eat there.” Aku menjawab pantas.
“Why?”
“I can’t eat pork”
“What? Why can’t you eat pork??” Bagai satu question mark jatuh menghempap kepala mereka.
“It’s my religion. I can’t eat pork and drink alcoholic drinks” aku menjawab ringkas. Mahu mengelak futher confrontasi.
“But, you can order chicken or beef there”
“I can’t as well. I don’t know how they prepare the burgers. Who knows they might fried it together and some are mixed.” Alasan yang sehabis logic dan munasabah yang mampu ku bagi selain dari faktor khilaf sembelihan ahli kitab. Sekali aku mention ‘sembeliha’ atau ‘people of the book’ sungguh panjang explaination nanti. Lunch boleh bertukar dinner.
Semenjak hari itu, aku menentukan tempat untuk makan, like a boss.
*Aku tidak pernah mengatakan sembelihan ahli kitab haram. Bagiku was-was & masih ada khilaf. Selagi ada makanan yang conform halal, itu lebih utama*
**********************
Aku, Jason dan Ain study bersama di Hub. Setelah beberapa ketika, aku keluar tanpa disedari Jason yang sibuk mengadap computer.
“You went to pray weren't you?”
“Yup. How do you know?” Agak terkejut aku mendengar soalan yang tiba-tiba.
“Ain told me” Aku menjeling ke arah Ain. I should have known.
“So you pray 5 times a day? Ain told me you have to pray night and day.”
“Yup” Lega aku Ain dah terangkan segalanya. Tak perlu aku menghurai panjang.
“You went to church right, every Sunday?” Masa aku bertanya pula.
“Yup. In the morning”
“So what do you do there?”
“We sing songs and listen to lectures”
“What do the lectures say?”
“I don’t know. I was asleep”
Aku tersengih. “Samalah macam kitaorang” ujarku dalam hati.
**********************
Bulan penuh keberkatan, Ramadhan telah menjelang.
“Let’s go eat” Jason dan rakanku yang lain mengajakku makan.
“Narh, I can’t eat”
“We are not going to eat pork”
“I can’t eat because I’m fasting”
“Ok, whatever” Jason malas melayanku.
Pagi itu aku menghadiri PASS program. Peer Assisted Study Session. Free, open and optional kepada sesiapa yang bermasalah dalam subject tertentu. Andrew, a purely Australian guy ketua untuk Microeconomics.
“Are you an Arab, because your name sound like one” Dia bertanya sementara menunggu kunci dari security.
Hafiz memang sound Arabic to anyone. Tiga suku kata seperti Hafizul sukar disebut. Namun, seminggu diperlukan Jason untuk mengingati namaku. Takpelah, dia special case.
“No. I’m from Malaysia. I’m a muslim” jawapanku padat dan tepat.
“Oh yes. Do you like fasting in Ramadhan?”
“Yup. How do you know?” saja aku tanya setelah sedikit bangga.
“I used to have friends who were muslim too and they are fasting, like a month”
Akhirnya, ade juga yang fahami islam. Aku bernafas lega.
*Di Malaysia, soalan sebegini mungkin jarang kedengaran. So, timbalah ilmu about your Deen sebelum ke negara bukan Islam. InshaAllah mudah*