Bismillah
Assalamualaikum wbt
|
Suatu ketika dahulu, kala kau gagah sekali. |
Sudah lama jari jemari ini tidak berlegar di
butang-butang keyboard, bermain kata-kata. Moga curahan kali ini, in sha Allah
mudah dan memberi manfaat kepada diri dan insan-insan yang tergerak membaca. :)
Semenjak Honda Today lumpuh tiada mampu bergerak, sudah jauh kaki ini
berkhidmat melangkah sehari hari. Turun naik bukit Manuel, pergi dan balik
university. Dari pagi, matahari terik meninggi, sehingga pekat malam. Kadang
kadang gentar hati melangkah dalam kelam malam, namun aku berlindung kepada
Tuhan, dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Kalau bukan dek kerna
tarbiyyah dalam diri, sudah lama aku menjerit lari balik lintang pukang.
Disebalik kesusahan ini, tersimpul seribu tarbiyyah untuk diri kerdil ini.
Ketika membelek muka buku, pernah membaca suatu kisah.
Seorang buruh binaan sedang sibuk bekerja di tingkat paling bawah, kawasan
pembinaan 10 tingkat apartment. Tiba-tiba jatuh syiling sedolar dari atas,
melekat di lopak pasir tepat di hadapan matanya. Lalu dia kutip, pantas masuk
ke dalam saku seluar. Selang beberapa ketika, sedolar lagi jatuh, tanpa
terpinga, terus dikutip masuk ke dalam saku seluar. Begitu jua, situasinya
untuk beberapa detik.
Sebenarnya, bos dia di tingkat 8 terpekik memanggilnya, namun sayu suaranya
kedengaran di bingit pembinaan. Lantas di jatuhkan syiling agar dapat mencuit
pekerjanya di bawah, namun sebaliknya berlaku. Lantas, mula di jatuhkannya
butir-butir batu kecil mengenai badan si dia, satu persatu. Sedikit sakit dan
kehairanan, menjenguk si dia ke atas, menyedari kehadiran bosnya di atas sedang
memanggil. *tamat*
Mungkin cerita ini versi pendek dan lurus ke titik (baca: straight to the
point). Namun, mudah untuk direfleksi kepada hidup ini.
Setelah, nikmat-nikmat Allah turunkan untuk diri seorang ini, mungkin aku mula
lupa akan hakikat kehidupan seorng hamba. Luaran mungkin hebat, tetapi hati
Allah sahaja yang tahu akan hakikat turun naiknya iman. Bila Allah cabut satu
nikmat yang kita sayangi, maka tersentap hati seorang ini. Bahawa, buah epal
yang manis itu tidak wujud semata-mata kerna pohon yg sihat, tetapi ada
pencipta yang mengawal kesuburan dan kitaran hidup pohon itu. Hakikat hidup
tidak lari dari mengembalikan kesyukuran dan pergantungan kepada Allah, Tuhan
sekalian Alam.
Alangkah silapnya kita jika menyangka musibah itu suatu 'bad luck' untuk diri.
Mungkin diri ini tidak pernah merasa hilangnya sesuatu yang besar, namun insan
yang bulat-bulat percaya kepada Allah tidak pernah putus asa dari rahmatnya. Bahkan
mereka itu yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, mereka itu jua
yang akan mendapat petunjuk. In sha Allah.
وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ
وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Be sure we shall test you with something of fear and hunger, some loss in goods
or lives or the fruits (of your toil), but give glad tidings to those who
patiently persevere
الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ
رَاجِعُونَ
Who say, when afflicted with calamity: "To Allah We belong, and to Him is
our return"
أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
They are those on whom (Descend) blessings from Allah, and Mercy, and they are
the ones that receive guidance.
Al Baqarah:155-157
Melangkah jua kaki ini melalui jalan-jalan yang suram, hanya berteman lampu
malam sekadar penerang jalan, Alhamdulillah, dalam kesunyian ini, tidak
semena-mena membuat daguku mendongak ke langit. Melihat dada langit malam dan
seluruh penciptaanNya yang sempurna.
terpikir, bilakah kali terakhir kita mendapat ketenangan yang asli, melihat
keluasan ciptaanNya? Bukan berteman lagu-lagu terapi mendamaikan, tetapi
benar-benar membuka mata melihat sekeliling.
إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ
لِّأُولِي الْأَلْبَابِ
Behold! in the creation of the heavens and the earth, and the alternation of
night and day,- there are indeed Signs for men of understanding. (3:190)
Moga tiada lagi kita berduka akan nasib diri. Moga tiada rintihan di kala pagi
dan petang. In sha Allah, kita berdoa agar Allah memberi kita kemudahan,
kesenangan dan kejayaan dunia serta akhirat. Berkat usaha yang gigih dan
tawakal yang sebenar, Allah mengurniakan dan lengkapkan nikmatnya ke atas
setiap hamba-hambaNya. :)
In sha Allah, pengganti is on the way. :p
No comments:
Post a Comment