Assalamualaikum wbt
Post pertama untuk 2014. :)
Moga Allah rahmati kita tahun ini, dan moga ia bermanfaat untuk insan-insan yg sudi membaca.
Credit: The Muslim Show |
Gemar aku bercerita akan masalahku kepada orang lain. Walaupun kami tidak seserapat ini dulu, namun kini aku selalu bercerita apabila bertemunya.
“Aku tensionlah dengan dia tu, asyik aku je yang kene. Dalam ramai-ramai orang, aku aje yang kene target. Aku.....bla bla bla”
Aku bercerita laju. Mungkin tidak mengharap sebarang solusi, sekadar pendengar setia.
“Kau tau, masalah kau tak lah besar sangat. Ade masalah besar lagi”
“Huh, ape?”
Tertanya-tanya aku ape lagi penting dari member baik yang kasihan dan kesusahan tetapi tiada insan yang peduli.
“Masalah Palestin, Syria, Mesir tu lagi besar. Orang mati kebuluran setiap hari kerna dikepung”
Kata-kata tipikal ikhwah.
Tetapi lembing-lembing tajam turun laju dari langit, tercucuk tepat di dada. Aduss! Aku akur dengan kekalahan.
Setelah lama berlalu, kami bertemu lagi.
“Ade ape-ape nak cerite ke?”
“Xpe lah. Ade masalah lagi besaq lagi. Syria..Palestin..Mesir...”
Pantas aku mengerti. Tidak mahu kekalahan kedua.
“Tu besar. Tapi ade masalah besar lagi”
“Huh, ade lagi?” Berdouble-double kecillah masalah aku nampaknya. Sadis.
“Masalah adakah esok kita masih hidup lagi. Fikir macamne kita nak mati dalam husnul khatimah”
Ok, ni bukan lagi lembing. Meteor turun dari langit.
Inilah hakikat kehidupan yang selalu kita lupa. Ramai sangka hidup 60 tahun itu sungguh lama, cukup lama untuk mengumpul harta dan menikmatinya sebelum bertaubat tatkala berumur 50-an.
“Dia (Allah) berfirman, berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?”
“Mereka menjawab, kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari. Maka tanyakallah kepada mereka yang menghitung”
“Dia berfirman, kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui.”
Al Mukminun, 23: 112-114
Nah, cukup pantas. Namun, sedikit sekali kita merasa.
Kematian itu permulaan kepada kehidupan yang selama-lamanya. Jika 60 tahun dibahagi dengan kehidupan yang kekal abadi, sangatlah kecil nisbahnya, hampir ke kosong. Begitulah ratio kita tinggal di dunia ini.
Semalam aku menghadiri kematian insan yang rapat denganku. Pergi seperti tiada tanda. Senyap-senyap dipanggil Ilahi dalam tidurnya tatkala sepi pagi. Siapa sangka, gilirannya bertemu Pencipta adalah hari itu, saat itu.
Suasana sayu, tatkala tubuh kecil diturun lembut ke dalam liang lahad. Perit panas tidak terasa. Mata aku terpaku pada keranda yang perlahan-pahan dikambus tanah. Hilang dari pandangan mata kasar. Keseorangan, pasti sangat gelap di bawah itu.
Berkata si imam.
“Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan balasan kamu”
Nadanya sayu.
“Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”
Alhamdulillah, itu intro yang sungguh terasa hati.
“Dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahanam, pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu”
“Dan dia berkata ‘Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebaikan) untuk hidupku ini’ ”
“Maka pada hari itu tiada seorang pun yang mengazab seperti azabnya (yang adil)”
Al Fajr:23-25
Kata-kata si imam seterusnya aku rasakan bukanlah untuk si mati, tetapi untuk diri, hamba Allah yang masih hidup. Masih berkesempatan untuk bertaubat menebus dosa-dosa yang lalu.
“Sudah terputus segala kemewah bagi kamu, sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi kamu. Sesungguhnya sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia melainkan tiga perkara yang kamu bawa menghadap Allah Azza Wajalla.”
Alangkah besarnya peringatan ini buat diri. Sudah terputus nikmat dari segala yang dikumpul, sudah hilang segala yang disayangi.
Akhirnya, si imam menutup.
“Kami serahkan kamu kepada Allah yang Maha Pengampun dan Penyayang untuk memberi balasan atas apa yang kamu kerjakan”
Maka lengkaplah peringatan untuk aku pada hari ini. Tak terbayang diri ditinggal seorang. Keluarga, sahabat bahkan tiada sesiapa pon di dunia bisa berbuat apa-apa.
Tidak tahu aku bila tiba masanya. Adakah saat aku bermalas-malas untuk solat? Adakah saat aku sibuk melayan dunia yang tiada henti? Sudahkah aku benar-benar cuba berdakwah menyebarkan risalahMu? Cukupkah aku mentarbiah diri supaya bisa mencari keredhaanMu?
Tahu. Aku sedar diri ini bukanlah sesempurna mana. Mentarbiah diri pun kekadang bermalas-malas. Hendak berODOJ pun masih struggle. Tapi peringatan ini untuk kita bersama. Moga kita saling menasihati. Kejarlah akhirat tetapi tidak melupakan dunia.
“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesunggguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” Al Qasas:77
Bila kematian berlaku di depan mata,
Saat mayat diturun lemah ke liang lahad,
Dilitupi tanah tempat kembali,
Baru aku sedar hidup ini tak pernah abadi,
Sesayang mana kita akan dunia ini,
Janji bertemu Allah itu satu yang pasti,
Beruntunglah insane yang menginggalkan kebaikan di dunia ini,
Dengan rahmat Ilahi, In sha Allah syurga menanti,
Tetapi insan lalai tak ingat mati amatlah rugi.
Cukuplah untuk aku muhasabah diri. Bertambah setahun baru, maka bertambah dekat aku dengan mati.
Mungkin tambah sidenote kat resolusi tahun baru,
“Bersediakah aku bertemu Ilahi?”
3.2.2014
1.30 am
Nenekku, 83 tahun kembali kepada Ilahi.
Mohon doa supaya diampunkan dosa dan ditempat bersama hambanya yang beriman.
Allahu'alam.

No comments:
Post a Comment