Saturday, December 6

he

Bismillah
Assalamualaikum wbt


He knocked the door. Despite I clearly heard it from my room upstairs, I never intended to open it and looked who was coming. I knew someone else was gonna get it. I finally went down after a series of unanswered knocks. He looked sad. Although he tried to greet me with a smile, I knew it. His tone was gloomy and weak.

Sometimes I went to his house just to say Hi and catch up. Sometimes they were busy and I sat there still and alone, yet it was completely understandable. But not recently as we were all busy.

He went in and straight to my housemate’s room. I guess they had a business to settle.

I met him again today, he looked worried just like the other day. I asked.

He said he had a high hope that he was gonna be fine. Yet, for the very first time, he was misled.

I was speechless as I never dealt with this sort of stuffs before. I knew putting a silver lining on someone else problem was the worst thing you could do, instead I said,

I know how you feel, it must be hard. It’s alright. Everything is gonna be fine. Just do your best, In sha Allah you will do great. I know it is lots to risk, yet you just need to give it a shot.

He looked at me with his teary eyes. I knew he tried hard not to let it drops. Yet, a human was still a human no matter how strong you were.

I said,

It’s alright to show our weakness, we can’t be strong all the times.

Stop relying on people, they never know everything.

Don’t put too much expectation on them, you might get disappointed.

But, rely on Him. He will and always know how painful, tiring and exhausted you’re inside. In sha Allah you will find peace in your heart.


الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُمْ بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ

"Those who have believed and whose hearts are assured by the remembrance of Allah . Unquestionably, by the remembrance of Allah hearts are assured."
13:28



Tuesday, February 4

Penamat itu permulaan

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Post pertama untuk 2014. :)
Moga Allah rahmati kita tahun ini, dan moga ia bermanfaat untuk insan-insan yg sudi membaca.

Credit: The Muslim Show
Gemar aku bercerita akan masalahku kepada orang lain. Walaupun kami tidak seserapat ini dulu, namun kini aku selalu bercerita apabila bertemunya.

“Aku tensionlah dengan dia tu, asyik aku je yang kene. Dalam ramai-ramai orang, aku aje yang kene target. Aku.....bla bla bla”

Aku bercerita laju. Mungkin tidak mengharap sebarang solusi, sekadar pendengar setia.

“Kau tau, masalah kau tak lah besar sangat. Ade masalah besar lagi”

“Huh, ape?”


Tertanya-tanya aku ape lagi penting dari member baik yang kasihan dan kesusahan tetapi tiada insan yang peduli.

“Masalah Palestin, Syria, Mesir tu lagi besar. Orang mati kebuluran setiap hari kerna dikepung”

Kata-kata tipikal ikhwah.

Tetapi lembing-lembing tajam turun laju dari langit, tercucuk tepat di dada. Aduss! Aku akur dengan kekalahan.

Setelah lama berlalu, kami bertemu lagi.

“Ade ape-ape nak cerite ke?”

“Xpe lah. Ade masalah lagi besaq lagi. Syria..Palestin..Mesir...” 

Pantas aku mengerti. Tidak mahu kekalahan kedua.

“Tu besar. Tapi ade masalah besar lagi”

“Huh, ade lagi?” Berdouble-double kecillah masalah aku nampaknya. Sadis.

“Masalah adakah esok kita masih hidup lagi. Fikir macamne kita nak mati dalam husnul khatimah”


Ok, ni bukan lagi lembing. Meteor turun dari langit.

Inilah hakikat kehidupan yang selalu kita lupa. Ramai sangka hidup 60 tahun itu sungguh lama, cukup lama untuk mengumpul harta dan menikmatinya sebelum bertaubat tatkala berumur 50-an.

“Dia (Allah) berfirman, berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?”
“Mereka menjawab, kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari. Maka tanyakallah kepada mereka yang menghitung”
“Dia berfirman, kamu tinggal di bumi hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui.”

Al Mukminun, 23: 112-114


Nah, cukup pantas. Namun, sedikit sekali kita merasa.

Kematian itu permulaan kepada kehidupan yang selama-lamanya. Jika 60 tahun dibahagi dengan kehidupan yang kekal abadi, sangatlah kecil nisbahnya, hampir ke kosong. Begitulah ratio kita tinggal di dunia ini.

Semalam aku menghadiri kematian insan yang rapat denganku. Pergi seperti tiada tanda. Senyap-senyap dipanggil Ilahi dalam tidurnya tatkala sepi pagi. Siapa sangka, gilirannya bertemu Pencipta adalah hari itu, saat itu.

Suasana sayu, tatkala tubuh kecil diturun lembut ke dalam liang lahad. Perit panas tidak terasa. Mata aku terpaku pada keranda yang perlahan-pahan dikambus tanah. Hilang dari pandangan mata kasar. Keseorangan, pasti sangat gelap di bawah itu.

Berkata si imam.

“Tiap-tiap yang bernyawa pasti merasai mati dan sesungguhnya pada hari kiamat akan disempurnakan balasan kamu”

Nadanya sayu.

“Ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya. Kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.”

Alhamdulillah, itu intro yang sungguh terasa hati.

“Dan pada hari itu diperlihatkan neraka jahanam, pada hari itu sedarlah manusia, tetapi tidak berguna lagi baginya kesedaran itu”
“Dan dia berkata ‘Alangkah baiknya sekiranya dahulu aku mengerjakan (kebaikan) untuk hidupku ini’ ”
“Maka pada hari itu tiada seorang pun yang mengazab seperti azabnya (yang adil)”
Al Fajr:23-25


Kata-kata si imam seterusnya aku rasakan bukanlah untuk si mati, tetapi untuk diri, hamba Allah yang masih hidup. Masih berkesempatan untuk bertaubat menebus dosa-dosa yang lalu.

“Sudah terputus segala kemewah bagi kamu, sudah terlepas segala kesedapan dunia bagi kamu. Sesungguhnya sudah terpisah segala pekerjaan dan amalan dunia melainkan tiga perkara yang kamu bawa menghadap Allah Azza Wajalla.”

Alangkah besarnya peringatan ini buat diri. Sudah terputus nikmat dari segala yang dikumpul, sudah hilang segala yang disayangi.

Akhirnya, si imam menutup.

“Kami serahkan kamu kepada Allah yang Maha Pengampun dan Penyayang untuk memberi balasan atas apa yang kamu kerjakan”


Maka lengkaplah peringatan untuk aku pada hari ini. Tak terbayang diri ditinggal seorang. Keluarga, sahabat bahkan tiada sesiapa pon di dunia bisa berbuat apa-apa.

Tidak tahu aku bila tiba masanya. Adakah saat aku bermalas-malas untuk solat? Adakah saat aku sibuk melayan dunia yang tiada henti? Sudahkah aku benar-benar cuba berdakwah menyebarkan risalahMu? Cukupkah aku mentarbiah diri supaya bisa mencari keredhaanMu?

Tahu. Aku sedar diri ini bukanlah sesempurna mana. Mentarbiah diri pun kekadang bermalas-malas. Hendak berODOJ pun masih struggle. Tapi peringatan ini untuk kita bersama. Moga kita saling menasihati. Kejarlah akhirat tetapi tidak melupakan dunia.

“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesunggguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.” Al Qasas:77

Bila kematian berlaku di depan mata,

Saat mayat diturun lemah ke liang lahad,

Dilitupi tanah tempat kembali,

Baru aku sedar hidup ini tak pernah abadi,

Sesayang mana kita akan dunia ini,

Janji bertemu Allah itu satu yang pasti,

Beruntunglah insane yang menginggalkan kebaikan di dunia ini,

Dengan rahmat Ilahi, In sha Allah syurga menanti,

Tetapi insan lalai tak ingat mati amatlah rugi.

Cukuplah untuk aku muhasabah diri. Bertambah setahun baru, maka bertambah dekat aku dengan mati.

Mungkin tambah sidenote kat resolusi tahun baru,

“Bersediakah aku bertemu Ilahi?”

3.2.2014
1.30 am
Nenekku, 83 tahun kembali kepada Ilahi.
Mohon doa supaya diampunkan dosa dan ditempat bersama hambanya yang beriman.

Allahu'alam.




Tuesday, November 26

sayonara skuter kuning!

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Suatu ketika dahulu, kala kau gagah sekali. 

Sudah lama jari jemari ini tidak berlegar di butang-butang keyboard, bermain kata-kata. Moga curahan kali ini, in sha Allah mudah dan memberi manfaat kepada diri dan insan-insan yang tergerak membaca. :)

Semenjak Honda Today lumpuh tiada mampu bergerak, sudah jauh kaki ini berkhidmat melangkah sehari hari. Turun naik bukit Manuel, pergi dan balik university. Dari pagi, matahari terik meninggi, sehingga pekat malam. Kadang kadang gentar hati melangkah dalam kelam malam, namun aku berlindung kepada Tuhan, dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita. Kalau bukan dek kerna tarbiyyah dalam diri, sudah lama aku menjerit lari balik lintang pukang.


Disebalik kesusahan ini, tersimpul seribu tarbiyyah untuk diri kerdil ini.
Ketika membelek muka buku, pernah membaca suatu kisah.


Seorang buruh binaan sedang sibuk bekerja di tingkat paling bawah, kawasan pembinaan 10 tingkat apartment. Tiba-tiba jatuh syiling sedolar dari atas, melekat di lopak pasir tepat di hadapan matanya. Lalu dia kutip, pantas masuk ke dalam saku seluar. Selang beberapa ketika, sedolar lagi jatuh, tanpa terpinga, terus dikutip masuk ke dalam saku seluar. Begitu jua, situasinya untuk beberapa detik.


Sebenarnya, bos dia di tingkat 8 terpekik memanggilnya, namun sayu suaranya kedengaran di bingit pembinaan. Lantas di jatuhkan syiling agar dapat mencuit pekerjanya di bawah, namun sebaliknya berlaku. Lantas, mula di jatuhkannya butir-butir batu kecil mengenai badan si dia, satu persatu. Sedikit sakit dan kehairanan, menjenguk si dia ke atas, menyedari kehadiran bosnya di atas sedang memanggil. *tamat*


Mungkin cerita ini versi pendek dan lurus ke titik (baca: straight to the point). Namun, mudah untuk direfleksi kepada hidup ini.


Setelah, nikmat-nikmat Allah turunkan untuk diri seorang ini, mungkin aku mula lupa akan hakikat kehidupan seorng hamba. Luaran mungkin hebat, tetapi hati Allah sahaja yang tahu akan hakikat turun naiknya iman. Bila Allah cabut satu nikmat yang kita sayangi, maka tersentap hati seorang ini. Bahawa, buah epal yang manis itu tidak wujud semata-mata kerna pohon yg sihat, tetapi ada pencipta yang mengawal kesuburan dan kitaran hidup pohon itu. Hakikat hidup tidak lari dari mengembalikan kesyukuran dan pergantungan kepada Allah, Tuhan sekalian Alam.

Alangkah silapnya kita jika menyangka musibah itu suatu 'bad luck' untuk diri. Mungkin diri ini tidak pernah merasa hilangnya sesuatu yang besar, namun insan yang bulat-bulat percaya kepada Allah tidak pernah putus asa dari rahmatnya. Bahkan mereka itu yang memperoleh keampunan dan rahmat dari Tuhannya, mereka itu jua yang akan mendapat petunjuk. In sha Allah.

وَلَنَبْلُوَنَّكُم بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ


Be sure we shall test you with something of fear and hunger, some loss in goods or lives or the fruits (of your toil), but give glad tidings to those who patiently persevere


الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


Who say, when afflicted with calamity: "To Allah We belong, and to Him is our return"


أُولَٰئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ


They are those on whom (Descend) blessings from Allah, and Mercy, and they are the ones that receive guidance.


Al Baqarah:155-157




Melangkah jua kaki ini melalui jalan-jalan yang suram, hanya berteman lampu malam sekadar penerang jalan, Alhamdulillah, dalam kesunyian ini, tidak semena-mena membuat daguku mendongak ke langit. Melihat dada langit malam dan seluruh penciptaanNya yang sempurna.


terpikir, bilakah kali terakhir kita mendapat ketenangan yang asli, melihat keluasan ciptaanNya? Bukan berteman lagu-lagu terapi mendamaikan, tetapi benar-benar membuka mata melihat sekeliling.


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ


Behold! in the creation of the heavens and the earth, and the alternation of night and day,- there are indeed Signs for men of understanding. (3:190)


Moga tiada lagi kita berduka akan nasib diri. Moga tiada rintihan di kala pagi dan petang. In sha Allah, kita berdoa agar Allah memberi kita kemudahan, kesenangan dan kejayaan dunia serta akhirat. Berkat usaha yang gigih dan tawakal yang sebenar, Allah mengurniakan dan lengkapkan nikmatnya ke atas setiap hamba-hambaNya. :)

In sha Allah, pengganti is on the way. :p